Halloween Costume ideas 2015
Latest Post


Seramai 39 orang ahli politik dari pakatan rakyat telah bertukar parti setakat hari ini berikutan perpecahan serta pergolakan dalaman yang melanda.

Dari sumber Whatsapp SarawakLIVE, DAP menerima 4 ahli baru dari PKR dan PAS termasuk A.Samad Said, seorang aktivis bebas dari NGO.

Seramai 4 orang pula menyertai PKR yanag mana sebelum ini mereka merupakan ahli yang berjawatan penting dalam PAS.

Parti baru, AMANAH menerima kemasukan ahli teramai khasnya dari PAS; 30 orang pimpinan yang berperanan penting dalam PAS Pusat serta PAS Negeri.

Agak mengejutkan juga apabila seorang pimpinan DAP menyertai PAS dalam suasana kemelut politik dalaman 3 parti pembangkang.


SENARAI PERPINDAHAN PIMPINAN POLITIK PEMBANGKANG MALAYSIA 2015

DAP
1. Prof Dr. Abdul Aziz Bari (PKR ke DAP)
2. Sheikh Omar Ali (PAS ke DAP)
3. A. Samad Said (Tiada Parti ke DAP)
4. Zulhazmi Shariff (PAS ke DAP)

PKR
5. Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS ke PKR)
6. Tan Sri Muhammad B Muhd Taib (PAS ke PKR)
7. Wan Ji Wan Hussin (PAS ke PKR)
8. Ahmad Syukri Razab (Tiada Parti ke PKR)

PAN
9. Ustaz Ahmad Awang (PAS ke PAN)
10. Hj Mohamad Sabu (PAS ke PAN)
11. Hj Salahuddin Ayub (PAS ke PAN)
12. YB Khalid Samad (PAS ke PAN)
13. YB Mujahid Yusuf Rawa (PAS ke PAN)
14. YB Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS ke PAN)
15. YB Dr. Hatta Bin Ramli (PAS ke PAN)
16. YB Dato Raja Kamarul Bahrin (PAS ke PAN)
17. YB Hanipa Maidin (PAS ke PAN)
18. YB Saari Sungip (PAS ke PAN)
19. YB Hasnul Baharuddin (PAS ke PAN)
20. YB Ir. Hj Nizar Jamaluddin (PAS ke PAN)
21. YB Aminolhuda Hassan (PAS ke PAN)
22. YB Dato' Pahrolrazi Zawawi (PAS ke PAN)
23. YB Syed Hamid Syed Mohamed (PAS ke PAN)
24. Hj Anuar Tahir (PAS ke PAN)
25. Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS ke PAN)
26. Mazlan Aliman (PAS ke PAN)
27. Mohd Sany Hamzan (PAS ke PAN)
28. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS ke PAN)
29. Suhaizan Kaiat (PAS ke PAN)
30. Hj Asmuni Awi (PAS ke PAN)
31. Hj Adly Zahari (PAS ke PAN)
32. Aiman Athirah Al Jundi (PAS ke PAN)
33. Ir. Izham Hashim (PAS ke PAN)
34. Zulkefly Mohamad Omar (PAS ke PAN)
35. Faiz Fadzil Noor (PAS ke PAN)
36. Dato' Wan Rahim Wan Abdullah (PAS ke PAN)
37. Hj Mohd Taufek Abd Ghani (PAS ke PAN)
38. Dr. Ismail Salleh (PAS ke PAN)

PAS
39. Sum Cheok Leng (DAP ke PAS)

Dalam mesej yang sama, meramalkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub akan menyertai PAS.

Hakikat yang perlu diterima, tidak seorang pun dari pimpinan politik pembangkang berpindah ke Barisan Nasional.

 -SarawakLIVE

KAD PENGENALAN HIJAU: Peter (kanan) dan K.C Tan menunjukkan salah satu dokumen pengenalan diri berwarna hijau yang dikeluarkan kepada salah seorang rakyat negeri ini yang perlu diperbaharui setiap lima tahun sekali.

KUCHING: Kempen 300,000 tandatangan Sarawak for Sarawakians (S4S) bagi menyokong petisyen untuk menggubal satu akta referendum, akhirnya membawa kepada penemuan masalah yang lebih serius di kalangan rakyat negeri ini.

Pada sidang media di sini semalam, jurucakap S4S, Peter John Jaban berkata sepanjang kempen ini bermula 16 September 2015, sukarelawan S4S menemui sebilangan besar anak Sarawak yang tidak mempunyai dokumen diri yang sah.

Kes-kes ini ditemui di kawasan luar bandar dan bandar berpunca daripada ibu bapa yang tidak mempunyai kad pengenalan sekali gus menyebabkan anak dilahirkan tanpa dokumen yang betul.

“Dalam banyak kes, rakyat Sarawak ini telah banyak kali membuat rayuan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi menemui kegagalan.

“Ada pula kes di mana rakyat Sarawak yang tidak pernah meninggalkan negeri dikeluarkan dengan kad pengenalan diri hijau yang perlu diperbaharui setiap lima tahun sekali seperti yang digunakan oleh pekerja asing.

“Berikutan masalah seperti ini, sudah pasti mereka tidak dapat menandatangani petisyen kami sekali gus dinafikan hak-hak mereka daripada mengundi serta menikmati keistimewaan-keistimewaan lain sebagai rakyat negeri dan negara ini,” katanya.

Tambah Peter, sukarelawan S4S tidak menolak bilangan rakyat tanpa dokumen diri yang sah ini mungkin lebih ramai jika kempen ini digerakkan ke kawasan yang jauh ke pedalaman negeri ini.

Susulan permasalahan ini, S4S dengan kerjasama SADIA menurut Peter, berhasrat untuk melancarkan kempen bagi membantu golongan tidak bernasib baik ini dalam permohonan mereka selepas petisyen ini selesai nanti.

Mengulas mengenai perkembangan kempen itu, Peter berkata setakat ini kumpulan ini telah berjaya memperolehi 112,000 tandatangan daripada rakyat Sarawak. Sasaran adalah 300,000 menjelang 31 Disember 2015.

Buat masa ini, petisyen S4S adalah khusus untuk menggubal satu akta referendum bagi melindungi hak-hak Sarawak.

Menerusi Akta Referendum ini, rakyat negara ini khususnya Sarawak berpeluang untuk bersuara mengenai isu serta polisi yang menggugat hak-hak mereka sebagai rakyat.

Antara kandungan petisyen ini adalah untuk menggesa kerajaan negeri dan persekutuan menyemak serta memperbetulkan status seperti yang termaktub dalam Perlindungan Khas.

Ia adalah bagi menjamin hak-hak Sarawak dengan syarat-syarat yang lebih adil akibat daripada persekitaran yang sentiasa berubah serta menuntut kembali hak-hak yang sudah terhapus.

Antara hak-hak rakyat Sarawak yang sudah terhapus ialah kebebasan beragama, kawalan imigresen, kedudukan istimewa bagi kaum Bumiputera Sarawak serta pemilikan sumber semula jadi Kerajaan Negeri Sarawak.

Petisyen ini juga penting untuk membolehkan menggubal satu perundangan baharu referendum supaya rakyat Sarawak berkuasa mengundi dalam menentukan hal ehwal awam yang penting. Ini juga untuk memastikan rakyat Sarawak boleh membuat keputusan demi kepentingan dan masa depan Sarawak serta isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal awam.

Antara lain petisyen ini juga bagi memperkenankan peruntukan tambahan dalam Perlembagaan Sarawak supaya mana-mana cadangan untuk meminda atau menghapuskan peruntukan itu hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada rakyat Sarawak melalui referendum.

- Borneo Post Online


LIMBANG: Kehadiran seorang individu mendakwa daripada Sarawak for Sarawakian (S4S) sambil meminta tanda tangan orang ramai di pusat bandar di sini kelmarin menimbul anda tanya masyarakat di sini.

Individu berbadan gempal dan memakai baju bergaris kelabu, biru tua dan biru muda itu berjalan di kawasan kedai di sini mengutip tanda tangan.

Seorang penduduk Narina 40-an mendakwa terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut.

Jelasnya lelaki tu datang untuk berkempen dan meminta tandatangan untuk menyokong memorandum S4S.

“Kita tidak tahu apa tujuan dia meminta tandatangan. Dia mengutip tanda tangan dan ia memang perlu diragui,”katanya lagi.

Beliau menasihati orang ramai menemui lelaki terbabit agar berhati-hati atau memintanya menunjukkan kad kebenaran atau kad kuasa bagi mengelak ditipu.

Sebelum ini S4S menetapkan 107 hari bermula September lepas untuk mengumpul 300,000 tandatangan rakyat Sarawak sebagai petisyen awam meminta Akta atau Ordinan Referendum digubal.

Pengerusi penganjur kempen itu K.C Tan berkata kempen mengumpul tandatangan itu dilancar di sebuah hotel baru-baru ini dan ia dilakukan serentak di beberapa bandar utama di negeri ini seperti Sri Aman, Sibu, Mukah, Miri dan Bintulu.

Tan mengulangi bahawa S4S tidak pernah berniat untuk meminta agar Sarawak berpisah daripada Malaysia tetapi mahu hak dan perlindungan khas Sarawak diperkukuhkan lagi.

Kempen itu merupakan acara susulan kepada perhimpunan S4S yang diadakan pada Julai lalu.

Bagaimanapun kehadiran individu tersebut tidak dapat dipastikan sama ada mempunyai hubung kait dengan kempen untuk mengumpul 300,000 tandatangan daripada rakyat Sarawak termasuk di daerah ini.-Utusan Borneo

Abu Bakar Yahya
SHAH ALAM - ‎Perkasa Selangor dalam satu kenyatan menegaskan, pihaknya tidak boleh bertolak ansur jika agama, bangsa dan Perlembagaan negara dijadikan bahan gurauan oleh mana-mana pihak.

Yang DiPertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, disebabkan itu kenyataan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim yang bergurau mahu menukar nama Bagan Nakhoda Omar kepada nama cina tidak boleh diterima sama sekali.

"Jangan cuba-cuba nak menjolok sarang tebuan walaupun dalam keadaan gurauan, perbuatan itu amat merbahaya kerana tidak semua tebuan berada di dalam sarang.

"Dikhuatiri dalam keadaan gurauan ianya akan menjadi kenyataan dan akan menggugat serta membahayakan keamanan yang sekian lama terjalin jika tindakan tidak diambil oleh pihak berkuasa," katanya menerusi satu kenyataan medianya, hari ini.

Baru-baru ini , Suee Lim menyarankan nama Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam ditukarkan kepada Bagan Nakhoda Chong kerana kawasan itu katanya majoriti didiami oleh penduduk berbangsa Tionghua.

Bagaimanapun katanya, kenyataan itu hanyalah sekadar gurauan semata- mata.

Setiausaha Publisiti DAP Selangor itu menjelaskan, maksud sebenar perbahasan berhubung status tanah rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar yang dihuni 100 peratus penduduk Cina itu hanya membabitkan kampung nelayan itu sahaja tidak termasuk Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar yang didiami orang Melayu.

"Cina tinggal di Bagan Nakhoda Omar sudah 50 tahun tapi tak dapat hak milik tanah malah pejabat tanah belum beri kata putus untuk mereka ini mendapat geran. Semalam saya guna perbahasan dalam Dun untuk tarik perhatian kerajaan negeri mengenai perkara ini.

"Tidak timbul soal anti Melayu atau rasis lagipun saya dengan Noh Omar memang selalu bergaduh. Saya bergurau sebab nama Bagan Nakhoda Omar macam nama dia suruh tukar la jadi Bagan Nakhoda Chong... dengan nada gurauan bahkan menteri besar juga tahu saya hanya melawak, biasalah politik suka hati mereka lah nak gelar saya rasis, itu bukan niat sebenar saya," Suee Lim dipetik sebagai berkata.

- Sinar Online

RANI KULUP: Kalau hendak rampas atau buat serbuan, buat juga pada rokok.
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta berterus terang seandainya mahu mengenakan cukai dalam isu penjualan vape selain tidak membuat serbuan yang bertujuan menakut-nakutkan peniaga serta golongan yang menghisapnya.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan berdolak-dalik hanya akan mengelirukan rakyat sekali gus menjadikan mereka mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan.

"Kalau hendak cukai, cakap sahajalah. Mengapa buat serbuan dan rampasan di sana sini tanpa alasan kukuh.

"Nikotin bukan alasan kukuh. Jangan bandingkan vape dengan rokok, ia dua alat yang jauh bezanya. Kalau hendak rampas atau buat serbuan, buat juga pada rokok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Ahad, Abdul Rani menyertai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dalam memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bakal hilang satu juta undi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 jika peniaga vape terus berdepan tindakan pihak berkuasa.

Dalam pada itu jelas Abdul Rani, kerajaan akan berhadapan masalah pada PRU akan datang seandainya tidak segera menyelesaikan isu vape.

"Bayangkan jika hampir satu juta anak muda dalam komuniti vape ini merajuk dan menyalahkan kerajaan, ia pasti mengundang masalah kepada kerajaan untuk mendapatkan sokongan pada PRU kelak.

"Jika hati mereka sudah terguris, ia bukan senang hendak diubati. Hati anak-anak muda terlalu sensitif dan perlu dijaga. Mereka juga tidak suka dikelirukan dengan isu yang remeh begini," ujarnya.

Pada Ahad Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jawatankuasa khas e-rokok yang baharu ditubuhkan akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Isnin.

Katanya, agenda utama jawatankuasa khas itu adalah mengkaji kandungan cecair perisa vape mengikut Akta Racun 1952 bagi menentukan sama ada ia mempunyai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan atau tidak.
Menurut Noor Hisham, Kementerian Kesihatan bertanggungjawab melindungi kesihatan orang ramai sebelum meluluskan produk vape yang kini diragui pelbagai pihak, khususnya golongan ibu bapa.

Sebelum ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mahu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam menanggung semuakerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Tegasnya, pihaknya sangat terkilan dengan tindakan dan perlaksanaan terburu-buru Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis vape.

- Awani

Juga peluang ekonomi dan sebagainya yang berkaitan pembangunan diri supaya dapat bersaing

BINTULU: Graduan Dayak di bahagian ini disaran agar berdaya saing serta bijak merebut peluang perniagaan, ekonomi dan sebagainya yang berkaitan pembangunan diri supaya dapat bersaing dalam dunia global yang semakin mencabar pada masa kini.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pembangunan pesat dialami Bintulu khususnya projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di wilayah tengah negeri ini, secara tidak langsung menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada lepasan sekolah dan graduan institusi pengajian tinggi.

“Apa yang lebih penting ialah pembangunan pesat dalam industri berat dan sederhana di bahagian ini secara tidak langsung membawa kepada perkembangan pesat industri hiliran khususnya dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang boleh diceburi graduan Dayak,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Pengumpulan Dana Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Bintulu yang diadakan di Dinner World Restaurant Bintulu, di sini malam kelmarin (Sabtu).

Sambil menyifatkan semakin ramai graduan Dayak menceburi bidang perniagaan dan perindustrian di sini, Tiong berharap mereka akan terus mengekalkan daya tahan dalam bersaing secara sihat dengan kaum lain di bahagian ini bagi.

“Saya dalam pada itu berharap SDGA akan membuka mata dan minda graduan di luar sana agar menyokong usaha ahli persatuan dalam memartabat graduan Dayak khususnya melalui perbincangan serta program anjuran persatuan berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu, Pengerusi SDGA Bintulu Cornelius Roy Jagah berkata, pihaknya akan berganding bahu dalam memberi kesedaran mengenai kepentingan pendidikan khususnya buat masyarakat di luar bandar.

Semua ini jelasnya bagi membolehkan pelajar Dayak yang masih berada di bangku sekolah mengenali pelbagai peluang pendidikan yang boleh diikuti sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Apa yang menjadi misi serta visi SDGA ialah memberi kesedaran bahawa ilmu merupakan satu kuasa yang membolehkan Dayak maju setanding dengan komuniti lain kerana tanpa pendidikan akan membantutkan impian mereka untuk mencapai apa yang mereka inginkan pada masa depan,’’ ujarnya.

Pada majlis berkenaan, Tiong turut mengumumkan pemberian sumbagan sebanyak RM20, 000 untuk persatuan itu menjalankan pelbagai program khususnya yang berkaitan pendidikan serta program tahunan persatuan terbabit.

Timbalan Residen (Sosial) Bahagian Bintulu Richard Michael Abunawas dan Presiden SDGA Dr Dusit Jaul antara yang hadir pada majlis berkenaan.-Utusan Borneo

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget